Drama Asalkan Dia Bahagia TV3

Drama Asalkan Dia Bahagia TV3-Drama adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Ayda Jebat. Drama 28 episod arahan Jamal Khan, terbitan Zamriez Golden Picture. Akan menemui penonton bermula 8 Mac 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. 

JUDUL : ASALKAN DIA BAHAGIA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Hani Fazuha
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor

WATAK PELAKON 
Ayda Jebat sebagai Adira Imani
Shukri Yahaya sebagai Haris Aryan
Nadiyah Shahab sebagai Afida
Idris Khan sebagai Ikmal
Marisa Yasmin sebagai Datin Maria
Esma Dainal sebagai Dato Hijaz
Fatin Afeefa sebagai Anna
Bella Dowanna sebagai Nina
Syazuwan Hassan sebagai Azrin
Safura sebagai Puan Zarina 

LAGU TEMA 
Mada Ada Hati - Ayda Jebat
Mencintaimu - Aepul Roza

SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA
Mengisahkan Adira Imani, disebabkan dia anak yang dikutip jadi dengan rasa rendah diri dia relakan sahaja untuk dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza. Sebenarnya abang Ikmal sudah lama sukakan Adira dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun sebaliknya berlaku bila mama jodohkan dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.

Related Posts

Drama Asalkan Dia Bahagia TV3
4/ 5
Oleh